matematik seronok

matematik seronok

Wednesday, 13 April 2016

Tuesday, 12 April 2016

PECAHAN WAJAR DAN TIDAK WAJAR

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PECAHAN WAJAR DAN PECAHAN TIDAK WAJAR?

Pecahan wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut
- (pengangka < penyebut) - contoh, 4/7 

Pecahan tak wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada atau
  sama dengan penyebut
- (pengangka ≫ penyebut) 
- contoh, 6/5

Cara menukar pecahan tak wajar kepada nombor bulat adalah seperti berikut:




bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna?

antara caranya ialah: 
9 ÷ 3 = 3 


9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan. 
oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3. 
jumlahnya ialah 3.
jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.

Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.

Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1


Cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur ialah:

1) bahagikan pengangka dengan penyebut
2) hasil bahagi (nombor yang berada di bahagian atas) akan menjadi nombor bulat
3) manakala, baki yang terdapat hasil pembahagian akan ditulis sebagai pengangka
4) penyebut pula diambil dari nombor pembahagi

(untuk lebih memahami, sila rujuk gambar dibawah)

Berikut merupakan langkah-langkah menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar. 

1) darabkan nilai penyebut dengan nombor bulat 
(berada di sebelah kiri)
2) kemudian, tambahkan hasil darab tadi dengan pengangka
3) untuk memperolehi jawapan, hasil tadi dijumlahkan dan dibahagikan @ diperkan dengan nilai penyebut

Misalnya: 



Untuk bermain permainan interaktif sila klik butang ini